Tahun ni saya dan keluarga beraye di KL sahaja. Tahun ni tahun yang agak penting bagi kami sekeluarga kerana my lil sister is getting married this coming November.Bukan la raya tu tak penting, cuma keterujaan berhari raya pada kali ini bersederhana sahaja.Dah tak boleh nak macam selalu.Bila menjelang raya ni, duit keluar macam air paip aje.So, kene la berjimat cermat.Tambahan pula,November ni kami akan pulang ke kampung juga sebab my sis bertemu jodoh dengan orang senegeri.Jadi banyak jugalah duit yang nak dipakai nanti.
Talking about money,saya kene sangat berjimat cermat.November is coming and penggunaan duit pada bulan itu boleh buat saya menangis.Insurance kereta + road tax + car installment + pelbagai duit untuk majlis my sis disini and Kota Bharu sungguh merunsing kan saya.Ohh!sekarang pun boleh buat saya menangis bile memikirkannya..Doa saya moga Allah permudahkanlah segala urusan saya.Amin~
Syawal is coming and Ramadhan is ready to leave..Sedih pulak saya bila dah nak berakhirnya Ramadhan.Sekejap saja dah sampai penghujungnya.Rasa-rasa baru aja berpuasa tapi sekarang dah nak raya dah.MasyaAllah..sungguh cepat masa berlalu.
Ramadhan kali ini berbeza sedikit bagi saya.Tak seperti Ramadhan di tahun-tahun yang dulu.Keterujaan untuk berhari raya ditahun2 yg lalu agak tinggi la jugak namun berbeza sedikit ditahun ini. 30 hari dalam Ramadhan itu saya rasa macam tak cukup je.Sedih je bila fikir Ramadhan dah nak berakhir.Ibadah saya,puasa saya,amalan saya..berkualiti kah?Diterima Allah kah? Takut bila membayangkan puasa saya hanyalah lapar dan dahaga saja yang saya dapat.Nauzubillah..mintak jauh sangat-sangat.
Mudah-mudahan 30 hari di bulan Ramadhan ini.. puasa saya,amalan saya, ibadah saya dan segala yang telah saya lakukan diterima Allah dan mendapat keredhaan dariNya dan dosa-dosa terdahulu saya diampunkan olehNya..