Pernah bertanya pada mak kenapa saya perlu melalui kepayahan sedang orang lain senang saja hidup mereka? kenapa mak? Apa yang tak kena dengan saya? Jawab mak, saya tak baik berkata demikian. Tentu ada sebab kenapa Allah letak saya begitu. DIA mahu uji tahap kesabaran saya sampai mana. Ye..saya tak menafikan kata-kata mak dan saya sedar dan tahu itu. Cuma kadang-kadang saya melalui fasa yang merasa sangat down dengan diri saya dan persoalan kenapa itu terlintas difikiran.
Saya hanya manusia biasa yang banyak kelemahan dan iman yang belum cukup kuat. Kalau boleh jika setiap kali saya merasa down, persoalan kenapa itu tidak mahu saya timbulkan atau terlintas dihati saya. Bertanyakan persoalan kenapa itu seolah-olah mempertikaikan apa yang Allah dah susun plan-Nya untuk saya. Astagfirullah...
Berdoa adalah senjata saya. Berdoa dan sentiasa berdoa kepadaNya. Apa-apa sekalipun saya hanya bersandar kepadaNya. Semoga ada sinar kebahagiaan untuk saya nanti..InsyaAllah..Doakan lah saya ye...
16 Ramadhan 1432H
1306 p.m
No comments:
Post a Comment